Friday, July 31, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA

Akhir-akhir ini, pelbagai perhimpunan secara besar-besaran sering diadakan. Ianya seolah-olah hendak dijadikan sebagai suatu 'budaya baru' bagi rakyat Malaysia sebagai tanda bantahan terhadap sesuatu isu. Apakah tindakan ini suatu yang rasional, bijaksana dan mendatangkan banyak faedah dan kesan yang baik? Atau bersifat emosional, kecelaruan dan hilang kewarasan.
Memang tidak dapat dinafikan ISA adalah suatu akta yang bersifat ZALIM. Ianya sering disalahgunakan dan amat bertentangan dengan Islam. Mereka yang telah dipenjarakan oleh akta ini memang amat terasa kezalimannya. Ahli keluarga mereka yang terinanya oleh akta ini amat terasa bahana kezaliman akta ini.
Apakah ISA atau akta yang seumpamanya ini tidak diperlukan langsung untuk menangani kezaliman yang lebih besar yang bakal berlaku pada masa depan. Kebelakangan ini jenayah berlaku berluasa. Manusia sudah hilang kemanusiaanya. Orang yang pandai sudah hilang kecerdikannya. Orang yang bijak, menyalahguna kebijaksanaannya. Profesional sudah beremosi.
Berfikirlah dengan akal yang waras. Mohon pertunjuk dari Allah agar hijab kebijaksanaan dibuka pada orang yang memimpin agar kita tidak tersasar jauh atau tersesat dalam mencari keredhaan Allah. Tidak ada nabi atau rasul lagi yang akan datang membawa wahyu baru untuk menyelamatkan umah. Kitalah .................. gunakan akal budi kebijaksanaan... tersilap langkah.. padah menunggu kita ... jangan salahkan ibu mengandung... tapi kita tak menepati kehendak Allah yang Maha Agong.