Thursday, March 17, 2011

BERA, 17 Mac: Seorang anak peneroka Felda Bukit Mendi, Roslan Abu Bakar, hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh terhadap Pejabat Tanah Bera kerana mendakwa berlaku penipuan dan tuntutan palsu terhadap tanah arwah ayahnya.

Roslan, 50, yang kini menetap di Kula Lumpur, berkata ayahnya Mohamad Nor @ Abu Bakar Sulaiman telah beberapa kali menerima surat amaran tuntutan cukai tertunggak dan notis 6 A berjumlah sehingga RM3,000

“Beberapa bulan sebelum kematian ayah saya, arwah juga ada menerima surat yang sama dari Pejabat Tanah Bera sehingga dia merasa sangat takut dan sanggup menjualkan tanah pusaka arwah ibunya yang terletak di Negeri Sembilan.

“Apabila semakan dibuat melalui penyata pada tahun 2004, iaitu pada kali terakhir ayah saya membayar cukai, ia tertunggak hanya RM1,309. Saya syak berlaku penipuan kerana cukai tanah sebelum itu hanya RM205,” ujarnya.

Menurut Roslan, ada kemungkinan wang cukai yang dibayar ayahnya cukai tanah yang dalam proses tanam semula pada tahun 1998 hingga beliau bersama ayahnya mengambil alih dan memulihkan ladang yang diberikan Felda itu pada 2003.

Tambahnya, dalam tempoh itu (1998 hingga 2003) Felda hanya membayar cukai sebanyak RM199 sebulan.

“Saya mahu penyiasatan dans eterusnya tindakan undang-undang diambil terhadap penipuan dan tuntutan palsu oleh Pejabat Tanah Bera selain daripada menebus maruah ayah saya yang kononnya cuai dan culas untuk membayar cukai.

“Tindakan salah itu bagi kami amat menyusahkan dan memalukan juga menyebabkan kami sekeluarga tidak dibenarkan untuk mengadakan bicara kuasa sejak 2008,” jelasnya.

BENARKAH DUN SARAWAK DIBUBARKAN PADA 21 MAC INI ?


KUCHING, : Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan.

Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon. Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada 17hb mac





Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri.

Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon.

Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib.

HIMPUNAN TANAH RAKYAT SARAWAK


13 Mac 2011. Tahniah kepada PAS Sarawak kerana berjaya mengadakan Himpunan Tanah Rakyat Sarawak. Ramai peserta yang terdiri dari Miri, Beting Maro, Pusak, Sibu, Sebuyau, Sadong Jaya, Kuching telah mengikuti program di atas di rasmikan oleh Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa.