Saturday, July 18, 2009

SIAPA SPRM

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?

Pimpinan Pakatan Rakyat
Sat | Jul 18, 09 | 6:39:25 am MYT

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP_

SIAPAKAH PEMIMPIN ITU

i. PENDAHULUAN

Perkembangan tamadun manusia pasti menukilkan dilayar sejarahnya bahawa sesebuah tamadun sama ada yang tunduk kepada Allah Ta’ala mahupun kufur kepadaNya terbina dengan adanya pemimpin yang berkaliber. Himpunan rakyat tanpa pe mimpin yang memandu halatuju mereka hanya akan menghasilkan lautan kemelut dalam masyarakat dan negara.

Pemimpin seumpama kepala bagi jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan al-Quran dan Sunnah.




Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Surah al-Haj, ayat 41)

ii. DEFINISI KEPIMPINAN

“Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.”


Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).

"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).

iii. SEKITAR ISLAM DAN KEPIMPINAN

Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a. sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikan. Beberapa nokhah penting yang perlu kita ketahui mengenai kepimpinan menurut pandangan Islam ialah :



1. SETIAP INSAN ADALAH PEMIMPIN.

Sabda Nabi saw :



Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.
(Muttafaq ‘Alaihi)

Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin, cuma yang membezakan ialah besar atau kecil (posisi) jawatan yang dipikul. Semakin besar sesuatu jawatan maka semakin besarlah amanah yang perlu dilaksanakan.

2. MELANTIK PEMIMPIN TUNTUTAN SYARIAT

Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “Apabila tiga orang dari kamu keluar bermusafir, mesti melantik salah seorang dari kamu supaya menjadi pemimpin”. (Riwayat Muslim)


Islam menyarankan bagi perkumpulan manusia yang berjumlah tiga orang dan lebih agar memilih salah seorang daripada mereka yang layak sebagai ketua. Jelas kepada kita keutamaan melantik ketua dan membina organisasi dalam perkumpulan manusia yang ramai bagi kemaslahatan umum.

3. AMAL JAMAIE’ SATU KEWAJIPAN.

Kemelut ummah yang mula meninggalkan Islam sejengkal demi sejengkal merupakan cabaran getir buat umat Islam. Kejatuhah khilafah, penjajahan negara, perang saraf rentetan perangan salib dan misi zionisme seakan-akan nampak kejayaannya menjauhkan ruh Islam daripada sanubari muslim. Justeru kewajipan mendaulatkan kembali hukum Allah Ta’ala ini pastinya tidak mampu digalas oleh individu perseorangan walaupun sehebat mana sekalipun. Nabi saw sendiri berjuang menyebarkan Islam dengan dokongan para sahabat r.a. yang setia.

Oleh itu ulama’ menegaskan mana-mana perkara yang hanya mampu dilaksanakan secara berkumpulan (jamaie’) maka pelaksanaan secara kumpulan (jemaah@organisasi) itu menjadi wajib. Ini bersandarkan kepada kaedah fikh:


Jika tidak terlaksana perkara wajib itu sehingga ada perkara yang membawa kepada yang membawa kepada ia terlaksana maka tidak dapat tidak perkara tersebut adalah wajib.

Tidak akan terlaksana pergerakan berkumpulan dan organisasi kecuali dengan adanya pemimpin dan ahli. Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Syeikhul Islam ibu Taimiyyah menjelaskan: “Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia (hal ehwal manusia) termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak benilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan. Dan ketika berkumpul, mereka harus memiliki pemimpin.”

4. KEPIMPINAN ANTARA TASYRIF DAN TAKLIF.

Kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu tasyrif (kemuliaan) tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu taklif (tanggungjawab) yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah.

Kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan diri lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang. Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun permimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.

Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah saw awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah: "Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."
(Riwayat Muslim)


Firman Allah Ta’ala :


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah al-Anfal, ayat 27)

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Surah al-Ahzab, ayat 72)


Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah mengapa tidak bekerja menunaikan amanah.

Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai hadaf tidak akan terjadi kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.

5. TIDAK MEMINTA JAWATAN

Kepimpinan dalam Islam bukanlah satu rebutan, akan tetapi kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab juga amanah yang akan dihisab dan menjadi penyesalan kecuali bagi sesiapa yang menunaikan hak Allah padanya.

Banyak hadis-hadis Nabi saw yang mengingatkan kepada umatnya agar tidak meminta jawatan.


Sesungguhnya kami demi Allah tidak akan meyerahkan perkara ini (jawatan) kepada seseorang yang meminta atau sesiapa yang cenderung kepadanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Wahai Abdul Rahman, jangan kamu meminta kepimpinan (jawatan), kerana sekiranya kamu diberi jawatan tersebut kamu akan dibebankan dengannya, namun sekiranya kamu diberi jawatan bukan daripada permintaan kamu, kamu akan ditolong daripada bebannya”.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ahmad)


Salah satu wasilah meminta jawatan ialah dengan menonjolkan diri kepada umum agar dikenali, mendekati individu tertentu dengan hasrat dipilih sebagai pemimin dan sebagainya. Seharusnya sikap sebegini tidak melekat dalam jiwa umat Islam. Walaupun meminta jawatan adalah dilarang namun sekiranya diminta untuk menyandang sesuatu jawatan sewajarnya ianya tidak ditolak bagi kemaslahan ummah.

6. SYURA SATU TUNTUTAN.

Islam sangat menggalakkan syura (mesyuarat) dalam apa jua tindakan. Berdalilkan firman Allah Ta’ala :



Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.
(Surah as-Syura, ayat 38)


Ayat ini menegaskan kepada kita agar bermesyuarat dalam perkara umum dan khusus. Diriwayatkan bahawa Nabi saw sendiri walaupun baginda saw telah dipimpin oleh wahyu tetap melaksanakan konsep syura ini dalam semasa hayatnya, jadi apatahlagi kita yang serba kekurangan sewajarnya tidak meninggalkan sunnah Rasul saw ini.

Berkata Hasan al-Basri :


Tidak bermesyuarat satu kaum melainkan diberi petunjuk yang akan memandu urusan mereka.


Namun perlu diingatkan dalam sistem pemerintahan Islam, hanyalah ahli yang berkelayakkan sahaja berhak terlibat dalam syura. Abdul Razak Ahmad Sanhuri dalam kitabnya Fikh Khilafah menerangkan sistem pemerintahan dalam Islam dibahagikan kepada 2 institusi iaitu wizarah tafwid (majlis syura) dan wizarah tanfiz (institusi pelaksana). Menurut beliau lagi ahli wizarah tafwid perlu melengkapi syarat-syarat sebagaimana khalifah kecuali pada syarat nasab. Manakala ahli wizarah tanfiz pula syarat pemilihannya tidaklah ketat hinggakan tidak disyaratkan sesiapa yang berada di posisi ini perlu merdeka dan berilmu. Al-Mawardi juga menegaskan bahawa harus wizarah tanfiz ini dipelbagaikan namun wizarah tawfid hanyalah satu dan tidak harus diperbanyakkan.

Gambaran sistem pemerintahan Islam pada zaman tertegaknya khalifah ini sewajarnya diaplikasi dalam sebesar-besar hal kepimpinan sehinggalah kepada peringkat kepimpinan yang kecil sekalipun. Oleh itu organisasi yang kecil sekalipun sewajarnya mempunyai dua institusi yang berperanan sebagai syura (tafwid) dan pelaksana (tanfiz), manakala setiap individu yang ditaklifkan perlu faham di mana peranan mereka.

3. BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH

Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
(Surah al-Ahzab, ayat 36)


4. IBADATULLAH (Pengabdian diri kepada Allah)

Menurut ajaran Islam, semua manusia adalah hamba Allah. Sama ada mereka orang biasa ataupun pemimpin mereka terletak di bawah tujuan mereka diciptakan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah az-Dzariat, ayat 56)


Al-Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau :

Wahai amirul-mukminin, sesungguhnya Allah baginya segala pujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar…..


Hal ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan ini merupakan termasuk di dalam perkara matlamat ibadat yang menjadi sebahagian daripada hikmah kejadian manusia.
Oleh itu, ia menjadi hubungan dengan perkara dosa pahala, sah batal, sesat dan benar.

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA PEJUANGAN

TAATILAH PEMIMPIN MU

Meneliti kepelbagaian ragam dan perilaku ahli-ahli PAS sejak PAS mencapai kemenangan dalam pilihanraya 2008 yang lalu hinggalah ke Muktamar Tahunan PAS yang ke 55 didapati tahap pengamalan akhlak jamaie agak kurang memuaskan.

Tanpa menyentuh mana-mana pihak dan peribadi, bermula daripada ahli-ahli, penyokong, pendokong, para blogger hinggalah kepada peringkat kepimpinan parti, sedarilah dan kembalilah semula mengingatkan diri kita sewaktu kita masing-masing berjuang dalam kesusahan dan penderitaan.

Bukankah waktu itu kita amat berpegang kuat kepada konsep akhlak jamaie yang menjadi pengimbang kepada kepelbagaian ragam dan karenah kita selaku para pejuang Islam melalui wadah (PAS).

Bukankah dahulunya kita adalah pejuang yang taat, wala' dan sering berlapang dada dengan mana-mana arahan dalam keadaan suka atau pun tidak. Bukankah dahulunya kita sesekali tidak pernah menyatakan pendapat peribadi melainkan hanya dalam muzakarah dan mesyuarat. Bukankah dahulunya hanya suara yang satu dan jitu kita lontarkan kepada media Massa dan rakyat melalui hasil syura dan mesyuarat AJK PAS Pusat tanpa ada yang mendahului Presiden.

Bukankah dahulunya kita tidak pernah melontarkan perbezaan pandangan melainkan hanya dalam mesyuarat. Bukankah setelah itu nada dan suara kita adalah sama dan seiring menghamburkan mauqif dan suara keramat untuk semua manusia.

Bukankah dahulunya kita mengamalkan bahawa "Sesuatu yang kita suka tetapi boleh membawa kepada perpecahan wajib dielakkan, sesuatu yang kita benci tetapi ia membawa kepada kesatuan wajib dipertahankan".

Bukankah dahulu kita tidak pernah bersuara lantang mengkhabarkan kepada manusia tentang masalah dalaman jamaah. Bukankah dahulunya kita tidak pernah menyindir dan mengkritik secara terbuka tentang apa yang berlaku sesama kita hasil kepelbagaian ragam para pejuang melainkan kita bermuhasabah sesama kita.

Bukankah dahulunya kita sering dilanda dilema dan kelam kabut akibat saraf musuh,semua ahli dalam kebingungan menghadapi kemelut kepelbagaian pendapat dan borak-borak politik yang menyerabutkan kepala, akhirnya kita pasti akan menunggu kalam penyudah dari Presiden atau Mursyidul A'm. Semuanya akan kembali tenang dan teguh setelah mendengar penjelasan dan kalam mursyid dari pemimpin tertinggi. Kemelut selesai dan semuanya kembali berkerja.

Bukankah dahulunya segala-galanya kita hadapi dan selesaikan dengan penuh ukhuwwah dan berlapang dada. Tidak ada bunyian lain setelah itu melainkan hanya terdengar laungan suara "Tukang Arah" dan sahutan "Pekerja-Pekerja" yang girang melaksanakan arahan "Tukang Arah". Kalau ada yang tidak berpuas hati kita senyap-senyap berjumpa dan berbincang dengan "Tukang Arah". Setelah selesai suara "Tukang Arah" bergema lagi dan sahutan girang para "Pekerja" kembali menggamatkan suasana. Bukankah itu lebih harmoni.