Monday, October 12, 2009

BERMUNAJAT UNTUK KEMENANGAN ISLAM

Ceramah Kelompok Pas Kawasan Petra Jaya


PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan ceramah kelompok pada 5 Oktober 2009 di rumah saudara Arbi di Kampung No. 3, dekat jalan Satok. Seramai lebih kurang 50 orang ahli PAS hadir. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YB Senator Haji Yusuf Hussin dari Kedah. YB Senator Yusuf Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Cup' mengajak ahli PAS khasnya di Kawasan Petra Jaya memantapkan jamaah untuk menghadapi BN dalam piliharaya DUN Sarawak pada bila-bila masa dari sekarang.

Walaupun kini negeri Kedah diperintah oleh kerajaan PAKATAN, BN sentiasa berusaha untuk menjatuhkannya. Mereka berusaha memarangkap ADUN-ADUN PAKATAN terutamanya di kalangan PKR dan DAP agar menyeberangi kepada mereka. 'Pak Cup' yakin kerajan PAKATAN ketika ini masih lagi tidak goyah walau pun berbagai usaha oleh BN untuk menjatuhkannya.

Insya Allah kerajaan PAKATAN Kedah pimpinan PAS sedang berusaha memajukan Kedah dengan 2 projek besar iaitu Kilang Penapis Minyak dan pusat pengajian tinggi yang bertaraf universiti. Sekiranya 2 projek ini berjaya, negeri Kedah dapat membangun dengan lebih pesat dari segi pembangunan jasmani dan rohani. Insya Allah Kedah dapat melahirkan 'modal insan' yang berwibawa dan bertaqwa untuk memimpin negeri Kedah dan negara Malaysia secara keseluruhannya. Inilah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini.