Tuesday, September 29, 2009

Agihan Sumbangan PAS Petra Jaya Kepada Golongan Miskin

Alhamdulillah, Muslimat PAS Petra Jaya dengan kerjasama Pemuda PAS Petra Jaya dan PAS Kawasan Petra Jaya telah berkesemapatan menyampaikan agihan barangan keperluan harian yang berbentuk makanan kepada golongan miskin di Kawasan Petra Jaya. Agihan barangan ini adalah hasil kutipan zakat daripada kalangan ahli PAS Kawasan Petra Jaya.

Pimpinan PAS Kawasan Petra Jaya, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS PJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli PAS Kawasan PJ kerana telah memberi kepercayaan kepada Ketua Urusan Dewan Ulamak PAS PJ dan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS menguruskan kutipan zakat dan pengagihan kepada kutipan kepada golongan yang layak menerimanya.

Kartika Akan Di Hukum Sebat ??????

Posted on Tuesday, September 29 @ 10:49:07 MYT by Reformis
Oleh Rozaini Mohd Rosli

Kartika hanyalah seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang telah menjalani kehidupan seperti individu biasa yang lain sehingga kes Mahkamah Syariah beliau di paparkan oleh media masa seluruh dunia.

Liputan hebat yang diberi oleh dunia mengenai kes beliau memperlihatkan betapa perkara-perkara, khususnya kes-kes yang bersangkutan dengan Mahkamah Syariah diberi prominence (kepentingan yang utama) oleh hampir semua pihak. Sebenarnya prominence yang sedemikian bukan yang pertama kali.

Apapun sebabnya prominence sedemikan diberi, kerjaaan Malaysia seharusnya telah mengambil maklum dan memastikan tidak lagi timbul sebarang lagi kontroversi yang boleh menjunamkan imej mahkamah Syariah dan Undang-Undangnya di mata dunia.

Kes Kartika Sari Dewi Shurkarno yang didakwa di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kerana meminum arak di khalayak telah menyerlahkan beberapa amalan yang tidak sihat dalam pentadbiran dan urusan berkaitan sebahagian kes-kes yang dibabitkan di Mahkamah Syariah Pahang. Apakah amalan yang didakwa oleh mangsa sebagai berunsur rasuah itu berleluasa juga di tempat-tempat lain?

Perkhidmatan guaman yang lousy dikatakan menjadi salah satu ciri dalam proses pengadilan dalam Mahkamah Syariah. Penguam yang mewakili Kartika telah tidak memberi beliau nasihat yang tepat dan telah tidak berfungsi sepenuhnya membela Kartika ketika perbicaraan berlangsung. Beliau didakwa tidak mengamalkan profesionalisme yang dituntut sebagai seorang peguambela. Sebahagian anggota pentadbir Mahkamah Syariah Pahang pula telah didapati oleh mereka yang tertuduh sebagai mengamalkan sesuatu yang di luar batas peraturan proses pengadilan dan penerimaan hukuman. Unsur-unsur negatif yang mencemar Sistem Kehakiman Syariah wajar diselidiki dan dibanteras. Malangnya, rakyat biasa masih takut untuk memberi keterangan, membantu mengislahkan keadaan yang tidak wajar berterusan.

Kes Kartika telah membuka berbagai isu yang telah tidak diberi perhatian untuk sekian lamanya oleh kerajaan yang berkuasa.

Salbiah Ahmad, seorang peguam, berpendapat bahawa Mahkamah Syariah sewajarnya memainkan peranan inquisitory sesuai dengan hasrat bahawa hukuman dan denda adalah

kea rah pembaikan individu dan masyarakat. Maka implikasinya ialah keperluan terhadap pengetahuan yang cukup mengenai latarbelakang kes dan kondisi tertuduh.

Keadilan hanya akan berlaku sekiranya seluruh proses pengadilan itu mengikuti suatu proses yang adil dan telus juga, tanpa sebarang unsur diskriminasi dan negativiti seperti pentadbiran yang mencurigakan, rasuah atau lain-lain pencemaran yang boleh merosakkan kredibiliti dan integriti Mahkamah Syariah.

Sistem dan pengurusan undang-undang jenayah Islam adalah merupakan yang paling lembab diurus dan paling tidak cekap berbanding undang-undang yang lain.

Para pakar perundangan Islam berpendapat bahawa tidak ada halangan untuk melaksanakan Sistem Syariah dengan baik di negara ini. Ia hanya memerlukan usaha penerangan yang sungguh-sungguh dari pihak kerajaan agar rakyat memahaminya dan yakin keadilan boleh dikecapi oleh rakyat jelata, Muslim atau non-Muslim. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu perbincanagan mengenai harmonization di antara Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Sivil telah berterusan berlangsung. Ia boleh dilihat dalam konteks hukuman atau denda (ta’zir) yang dikenakan ke atas pesalah – umpamanya dalam kes rogol, mengedar dadah dll. – di mana aspek halangan untuk mengulangi kesalahan (as a detterance) menjadi keutamaan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan dan undang-undang syariah. Kejayaan proses harmonization ini boleh menjadikan kedua-dua sistem ini mengamalkan keselarasan dalam perkara-perkara yang serupa agar keadilan dapat dilaksanakan terhadap rakyat secara seragam. Ia memerlukan sikap proaktif yang tinggi dan komitmen yang mendalam dari pihak kerajaan dan golongan pakar undang-undang dalam negara, termasuk Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah (dari setiap negeri) serta golongan intellektual Malaysia.

Wanita KEADILAN pula berpandangan bahawa pengetahuan mengenai undang-undang syariah, perlu dirakyatkan agar rakyat sepenuhnya mengetahui hak mereka dan keadilan berlaku dengan berkesan. Dalam konteks Undang-Undang Islam, kelekehan kerajaan Umno-BN dalam memastikan profesionalisme dalam pentadbiran, penguatkuasaan dan kehakiman sistem perundangan Islam sangat mengecewakan rakyat. Apabila Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein menjelaskan bahawa hukuman sebat ke atas Kartika tidak dapat dilaksanakan atas sebab tiada kesediaan untuk melaksanakannya, ia telah memberi gambaran betapa selama ini kerajaan Umno-BN telah lalai dalam tanggungjawab mereka meneliti setiap Enakmen Undang-Undang Syariah agar ia dapat disempurnakan dengan baik. Amat dikesalkan lagi apabila Hakim bagi Mahkamah Rayuan Syariah Pahang belum dilantik sehingga kini.

Penyeliaan terhadap perjalanan proses keadilan dalam Undang-Undang Syariah adalah juga sangat lemah. Sebahagian mereka yang telah terlibat secara langsung dengan Mahkamah Syariah telah mengadu bahawa para peguam yang membela mereka seringkali menasihati agar tidak meneruskan perbicaraan dan menyelesaikan kes di luar mahakamah. Berlaku juga unsur yang bertentangan dengan kehendak prosedur mahakamah syariah di mana pembayaran denda dilakukan dengan kadar yang berkurangan dan kes akan tidak dipanggil lagi seterusnya.

Ada peguam syarie yang dipilih telah didakwa oleh setengah pihak sebagai tidak menjalankan amanah dengan baik dan memberikan nasihat yang meleset dan tidak memelihara kepentingan yang dibela. Para professional dan kakitangan yang terlibat dalam Mahkamah Syariah seharusnya menjadi golongan yang menjadi contoh kepada masyarakat dan yang berakhlak mulia bagi menjamin keadilan yang dituntut dalam Islam berlaku tanpa sebarang kecemaran. Merekalah yang menjadi nadi agar Undang-Undang Islam diterima oleh keseluruhan masyarakat sebagai yang adil, telus dan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam Mahkamah Syariah. Mereka juga perlu memperlihatkan bahawa tindakan mereka merentasi sebarang bentuk diskriminasi kelas, ras, keadaan sosial dan gender dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Isu Kartika adalah unik kerana beliau sendiri menghendaki hukuman sebat dilaksanakan ke atas beliau. Menurut Dr Majdah Nawawi (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), hukuman adalah mekanisme di mana pesalah melalui proses merasa bersalah di atas perbuatan mungkar mereka, insaf dan kembali ke jalan yang benar (siratulmustaqim, return to the Right Path), seterusnya tidak mengulangi perbuatan itu. Muslim percaya bahawa hukuman di dunia yang disertai rasa taubat akan menerima pengampunan dari Allah swt dan memberi implikasi yang besar di akhirat kelak.

Penting juga dijelaskan bahawa hukuman jenayah dalam Islam bertujuan untuk melindungi kemaslahatan umum (public interest), dan mencegah mereka yang berpotensi melakukan kemungkaran dari melakukannya.

Kemahuan Kartika untuk menerima hukuman sebat yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Pahang ke atas beliau adalah dalam lingkungan hak asasi manusia. Ia harus dilihat sebagai pilihan seorang insan untuk melaksanakan hukum Islam ke atas dirinya menurut kepercayaan dan keyakinannya sendiri. Ia harus difahami dan dihormati.

Reformasi pentadbiran dan sistem Undang-Undang Syariah adalah menjadi tanggungjawab sekelian menteri, kementerian, Peguam Negara, pakar-pakar undang-undang dan para cendiakawan di Malaysia. Sebarang kelengahan akan hanya menzalimi rakyat dan mereka yang tertuduh tanpa proses yang benar-benar telus dan professional sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Pas Berpeluang Menang Di sarawak

Posted on Thursday, September 24 @ 00:00:00 MYT by Paktam

PAS Sarawak akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan akan berusaha keras untuk memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.Pesuruhjayanya, Ustaz Othman Musthapa berkata, dalam memburu kemenangan tersebut beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dikenal pasti untuk PAS bertanding dalam pilihan raya negeri yang dijangka pada 2010 ini.

"Insya-Allah Pas akan berusaha meletakkan seberapa ramai calon daripada yang sudah-sudah dan kemungkinan besar kita akan letakkan lebih daripada sepuluh calon untuk pilihan raya negeri akan datang," katanya

Lagi pun katanya, PAS mewarwarkan untuk meletakkan lebih sepuluh kerusi Dun daripada pilihan raya yang lepas.

Beliau berkata, bagi merealisasikan kejayaan tersebut PAS negeri banyak cawangan ditubuhkan di samping menggerakkan jentera pilihan raya di kawasan-kawasan yang dijangka akan menang.

"Antara yang kita target PAS boleh menang seperti Batang Sadung dan Batang Lupar.

"Tambahan pula melihat kepada sokongan, tsunami politik sekarang ini beralih kepada Pakatan Rakyat," ujarnya mengulas persiapan PAS Sarawak untuk hadapi pilihan raya negeri yang dijangka tahun depan.

Tambahan pula katanya, mereka juga berjaya menambahkan bilangan ahli setiap hari.

Apa yang menggembirakan katanya PAS Sarawak berjaya kelab penyokong penyokong PAS daripada orang Iban dan Bidayuh.

Kelab tersebut katanya, ditubuh di Batag Lupar dan setakat ini bilangan ahlinya seramai 170 orang.

"Yang lain itu Insya-Allah kita akan gerakkan lagi dan kita akan meminta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Dalam pada itu katanya, bagi merampas kerusi BN di Sarawak mereka tidak keseorangan sebaliknya turut dibantu pimpinan PAS Pusat.

"Setakat ini Alhamdullilah pimpinan PAS pusat tidak membiarkan kami berseorangan.

"Mereka sama-sama turun ke Sarawak dan banyak program untuk persediaan menghadapi pilihan raya dan sebagainya dilaksanakan.

"Contohnya kita membuat program khusus pilihan raya dan seminar pilihan raya.

"Antaranya kita menjemput PAS pusat untuk hadir bersama-sama untuk bagi mendapat input dalam pilihan raya dan kursus-kursus yang diadakan," katanya.

Menurutnya, antara yang turun ke negerinya ialah Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Abu Bakar Chik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Wahid Endut.

Pas Berpeluang Menang Di Sarawak

Menjejang Pepriksaan PMR & SPM

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Ramai pelajar yang kecewa dan menyesal ketika menerima keputusan peperiksaan yang tidak begitu membanggakan. Kekecewaan dan penyesalan ini timbul kerana usaha yang bersungguh-sungguh telah di buat, namun untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak berhasil. Ramai pelajar yang gagal dalam ujian atau peperiksaan bukan kerana mereka tidak berusaha, tetapi banyak aspek harus diambil kira, seperti didiplin belajar, jadual belajar atau teknik menjawab yang kurang berkesan.
Pelajar yang berhasrat untuk mendapat keputusan yang cemerlang, haruslah memperlengkapkan dirinya dengan beberapa petua menjadi pelajar yang cemerlang. Di bahagian ini akan disenaraikan beberapa petua yang boleh diikuti pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang mampu menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Petua-petua tersebut ialah:-
• menghormati ibu bapa
• yakin kepada kebolehan diri
• teknik belajar yang berkesan
• bercita-cita tinggi
• melihat proses belajar dari sudut positif
• belajar berterusan
• bijak mengurus masa
• taat perintah agama
• berdisiplin
• menghormati guru