4 Julai 2009, Sabtu.
KUCHING. PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan Bengkel Organisasi di salah sebuah bilik seminar di Kuching. Peserta yang hadir terdiri daripada AJK PAS Kawasan PJ, AJK Dewan Pemuda dan AJK Dewan Muslimat Kawasan PJ. Dalam ucapan aluan Yang Di Pertua Kawasan PJ, Cikgu Shukri telah mengingatkan bahawa sesebuah organisasi yang berjaya adalah kerana sistem pengurusan yang baik, oleh itu beliau menyeru semua AJK agar memperkemaskan cara pengurusan setiap Lajnah. Dalam bengkel tersebut setiap Lajnah dan dewan telah membentangkan pelan tindakan strategik bagi menjayakan aktiviti-aktiviti PAS Kawasan PJ
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment